Assalammualaikum.
I'm alone today. In fact, everyday. Hah ! Let it be. Hari hari yang dilalui berjalan tanpa aktiviti yang memberikan kepuasan kepada jiwa dan raga. Ohh, wait ! Jangan berfikiran kuning okay. Yeah, dulu plan macam-macam nak buat dengan bestfriend a.k.a classmates a.k.a girlfriend a.k.a boyfriend lepas SPM tamat. Hmmm, tapi semua busy. Kenyataan bahawa "Manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan" adalah benar. Sedihhh ~
And now, semua dah bawa hala tuju masing-masing. Kerja, sambung belajar, masuk itu masuk ini. Aku ? Keluar masuk rumah angkat kain je lah kan. Hahaha. Tapi tak sebenarnya. Ada lah juga benda yang budak ni buat yang mendatangkan faedah buat dirinya. Kadang-kadang penat nak jawab soalan yang sama, "Eh, kau buat apa sekarang ? Kerja ? Tanam anggur ?" Eleleleh, aku pun suka tanya orang soalan tu nak cakap orang pula. Muahehe. Tanam anggur ? Ni benda yang aku pelik. Apa kaitan anggur dengan tak kerja ? Maka, aku bertanya kepada seorang teman di perantauan iaitu kawan di sekitar Peserai. "Engkau mengANGGUR ke?" Can you see the "anggur" there ? Kesian aku. Itu pun tak tahu. Patutlah asyik kena kelentong je.
Okay okay. Sambung balik. Plan dulu dulu nak masuk class mandarin konon kononnya dengan bestfriend. Tapi dia ni sambung belajar kat Uni for his Pradip, jadinya tak nak mengacau ke-busy-an dia yang dah memang sedia busy tu. Nasiblah ada Nanan. Comelkan nama Nanan tu. Hehehe. Dipendekkan cerita pergilah class mandarin tu dengan Nanan dan adik dia yang super handsome+comel+matured, Imran. Baru form 2 tahu. Nanti I tunjuk gambar dia tapi tak janji eh. Yuran memang mahal tapi sebab nak mengisi masa yang terluang ni, aku pun sweet talk dengan ibu. Ibu pun termakan dengan ayat-ayat sweet aku hahaha. So, class pun start bulan Januari hari tu.
First day masuk, nak ketawa tapi tahan. Ye lah. Baru first day kau dah over. Nak kena buang ke ? Kita tunggu lagi beberapa bulan, haaaa jadilah pusat tuisyen tu milik kau. Mula-mula senang tapi sekarang dah susah sikit. Panjang pendek, atas bawah, harkaat. Ni baru belajar sebut belum belajar tulis lagi. Menangis tak agaknya ? Hmmm....kita tunggu.
Next is driving lesson. Dah nak habis latihan pun. 4 March saya test JPJ. Doakan lulus eh ? :D Terima kasih. Tak nak repeat. Membazir duit dan tenaga nanti. Bila dah dapat lesen nanti boleh start racing. Yeay ! Yeay ! Cita-cita macam nak jadi drifter boleh tak ?
Terakhir tapi tak dilupakan. Kerja sebagai BIBIK. Hari hari ditemani bunyi meow kucing yang dah menggatal nak kahwin. Dah lah sumbang mahram dengan mak sendiri. Maklumlah, kat taman ni ketandusan kucing betina yang cun cun, hanya ada kucing jantan yang rakus lagi karlos (AKAN DATANG DI TV3). Kesian mak dia. Tapi itu binatang. MANUSIA JANGAN ! Tapi (lagi) dunia sekarang makin kejam dan tamak. Takut... Wahai perempuan, kunci rumah bila bersendirian sebab ada yang memerhati.
Ohhh, wait !!! Belum last lagi. Ni kerja yang paling menyeksakan. Kerja TUNGGU RESULT SPM. Ya Allah... Tak sampai sebulan je lagi. Kementerian dah kata result keluar 20 March 2013. Officially ! Semua mengharap dapat result yang cemerlang straight A's plus (9A+). Nampak macam mustahil tapi kuasa Allah siapa tahu kan. Banyak-banyakkan doa okay.
Enough for today. Nanti saya bebel lagi eh. Ada driving lesson petang ni. Bye bye. Thank you for reading.
No comments:
Post a Comment