Wednesday, 13 February 2013

Random

Assalammualaikum semua.

Okay, I think its gonna be my "Random" entry. Banyak cerita tapi disatukan dengan satu tajuk iaitu "RANDOM". Ahahah. Cool babehhh...

Bila kita attend satu majlis like majlis kahwin, kenduri atau apa-apa majlis kan, mesti banyak sangat kerenah manusia yang kita lihat. Eh, tapi bila masanya kita nak tengok kerenah manusia tu ? Hahh ! Macam ni. Sebagai contohnya, kalau pergi majlis saudara mara ke mestilah dah ada orang catering atau orang kampung yang tolong rewang rewang semua tu. You know what is the meaning of "rewang" kan ? Okay, great. :D Datang majlis orang terus makan nasi minyak yang semuanya nampak sedap, usha-usha orang kiri kanan manalah tahu dapat "First sight love" ke. Hakktuiihhh ~ gatal nohhhh. Hahaha. So lepas makan, masuk tuan rumah punya rumah, duduk duduk sambil berbual. Disebabkan bosan, layan telefon main game. Am I right ? Jangan tipu sebab waa pun buat macam tu juga. Heee ;)

Tetapi, ya tetapi takkan nak menghadap telefon je sampai majlis habis. So, time tu lah kita observe what people do. Dah macam psychologist pula. Agaknya kena ambil course psychology ni.  Pelik, kelakar semua ada. Senyum sinis lah jawabnya. One of the pelik thing I saw masa observe people ni ialah cara salam antara manusia dengan manusia.

1) Salam dahi
Salam dahi ni contohnya kita salam orang yang kita nak salam tu lepas tu letak kat dahi. Boleh bayangkan tak  ?

2)Salam pipi
Salam pipi ni contohnya kita salam orang yang kita nak salam tu lepas tu letak kat pipi. Ni first time saya tengok orang salam macam ni. Pelik tak ?

3) Salam cium tangan sendiri
Cuba buat sendiri.

4)Salam cium mulut.
Ni biasa kita buat. Saya tahu. Nanti mesti ada orang cakap, "Tolonglah, salam macam tu habislah tangan orang tu kena air liur." Apa sempit sangat fikiran tu ?

Banyak lagi hal orang perdebatkan mengenai hal "Salam" ni. Cuba baca blog ni "Mengenai salam" untuk tahu lebih mendalam. Ya, memang hak masing-masing nak salam macam mana tapi kita kena ingatlah dan perbaiki setiap perbuatan kita. Tak salahkan berubah menjadi lebih baik ?


Bersalaman antara orang Islam dengan bukan Islam. 

And I just attend satu majlis kahwin family sebelah ibu minggu lepas. Like seriously, majlis kahwin ni simple sangat. No pelamin, no renjis-renjis. Cuma berarak dan makan beradab je. Tiba-tiba teringat kata Ustaz kat sekolah. 

"Sebenarnya, bersanding tu amalan orang hindu. Cuba tengok orang cina kalau kahwin mana bersanding segala." 

So, conclusion nanti saya tak nak bersanding ya awak. Hahaha. Actually ni lah first time tengok majlis kahwin macam tu. Dalam kepala dah terfikir, "Macam manalah rupa aku kahwin nanti eh? Meriah tak?" Hok alohhh Raihan berangan je lebih. And ada suara-suara sumbang berkata : 

"Dah besar anak kau. Tak lama lagi dapat menantu lah ni." 

Waa dengar ayat ni dah senyum tersipu sipu tahu. Hahaha. Entah pape je nenek nenek atuk atuk ni. Before I keep rambling lagi banyak, better stop now. Ohh, lupa. Hari ni last holiday kan untuk adik-adik yang study kat kolej, SBP and MRSM ? So, welcome back to school yeahh babiessss !!!

Thank you for reading. Assalammualaikum. 





No comments:

Post a Comment