Saturday, 30 March 2013

Holiday


Assalammualaikum…

I just came back from my holiday two days ago. So, aku nak cerita pengalaman yang mungkin boleh dijadikan pedoman ketika bercuti di bumi yang panas seperti Langkawi.

Ya, Langkawi lah tempat aku dan keluarga pergi bercuti. 3 Hari 2 malam memang tak cukup nak explore seluruh Langkawi. Nak merasa Engle Feeding atau naik Yacht memang tak lah. So, I have made up my decision nak honeymoon kat sana suatu hari nanti. Kahkah ! Gurau je. 

Let we start the journey okay. But before that, result SPM keluar hari Khamis minggu lepas menyebabkan mood nak holiday memang terus tak ada. Tapi tak juga sebenarnya. Macam macam hal kena fikir and people around me keep push me to do this and that. Walaupun result tak berapa nak cemerlang tapi masih rasa bersyukur kerana A cukup untuk satu tangan yang mempunyai lima jari. If you got what I mean.

Berhenti bebelan wahai Raihan. Okay. Keluar dari rumah lebih kurang pukul 9 malam hari Sabtu. Duduk dalam kereta hampir 12 jam sangat memenatkan tetapi ini yang harus ditanggung bila berjalan jauh. Belum kira mandi lagi. Hahh. Malas eden nak mandi kat RnR. Takut takut orang skodeng. Siapa tahu kan?

Dah sampai Kedah, terus cari Terminal Jeti. Ada dua Kuala yang membolehkan kita sampai ke Langkawi. Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Memandangkan kuala pertama yang nampak kat signboard ialah Kuala Kedah, jadinya terus masuk jetty point Kuala Kedah. Jangan terkejut kalau ada abang-abang yang naik motor tiba-tiba tahan tengah tengah jalan. Diaorang nak tolong kita sebenarnya tapi be careful juga. People nowadays can’t be trusted. Naik airplane lagi cepat dan jimat tenaga.

First time naik ferry you tahu. 

Sampai jeti, turun barang, ibu pergi beli tiket and ayah pergi park kereta di tempat yang selamat. Depart pukul 9.30 pagi tapi delay hampir 45 minit. Drama manusia yang kurang erti kesabaran pun bermula. Tapi siapa je tak geram kena delay lama gila, kalau aku pun geram.

Bila dah naik feri, memang mabuk laut lah jawabnya. Nasib tak muntah macam naik bas masa sekolah rendah dulu. Tidur pun tengkuk sakit sebab cushion keras sangat. HAHAHA. So, I goyangkan kepala kiri kanan dan sambung tidur balik. Lebih kurang 1 jam 30 minit juga lalu Kuala Kedah. Kuala Perlis 45 minit je orang cakap. But you kena drive lagi 45 km dari Kuala Kedah untuk sampai Kuala Perlis. Pilih mana satu nak pergi? Anda mampu tentukan. Hehehe

Sampai kat Jeti Point kot nama tempat tu, tunggu Kak Sarah dan kereta sewa. Malangnya, kak Sarah busy dengan hal lain jadinya Abang Ijat yang muka macam Mohawk tu hantar kereta sewa. Terkesima kejap. Bhahahah !

Then, Abang Ijat pun hantar kitaorang pergi homestay yang telah di booked sebulan lepas. Jauh dari pekan Kuah tapi sebelah dengan Pantai Pasir Hitam. Benda pertama yang aku buat ialah mandi. Melekit badan dan segala bau yang kurang menyenangkan telah menusuk kalbu, jiwa dan raga. Habis mandi terus tidur. Lama aku tidur. Dari pukul 2 sampai 6 petang. Mana tak nya tidur macam sleeping beauty. Ada aircond segala. Katil empuk macam bulu angsa, batal lembut macam buih. Tipu.

Malamnya operasi menjelajah Pekan Kuah. Sampai pekan terus cari tempat makan. Feeling feeling holiday nak makan yang sedap sedap kan, so ternampak satu restaurant western nama dia ”Domino”. Dijamin halal. Cubalah makan kat sana bila sampai Pekan Kuah okay?

Lapar tahu tak time ni. Ni pun tak kenyang. :3

Makan dah, shopping pun mula ! Sebenarnya tak shopping sangat, Cuma survey barang barang yang boleh di beli. Rambang mata ibu I tengok pinggan mangkuk yang cantik dengan bunga bunga. Aku buat dunno je sebab aku kisah coklat yang macam macam dan tengok macam sedap untuk dimakan. Murah lagi !!! Lagi satu, luggage kat Langkawi murah murah. Nak dibandingkan kat Batu Pahat 4 kali ganda mahal.

Esoknya, keluar homestay pagi pagi pukul 8 sebab nak kejar cable car. Bila lambat, kena beratur panjang dan aku tak sanggup itu. Keluar rumah memang aku tak bawa apa apa. I/C dan phone pun aku tak bawa, tinggal kat homestay. Holiday seminggu ni diaorang ada promotion untuk tiket naik cable car tapi kena tunjuk I/C. So, aku tak bawa I/C kena marah dengan ibu tapi tiket still tapi discount. Hehe.

Langkawi Geopark.



Duduk kat atas lebih kurang 1 jam setengah. Sejuk atas sana macam Cameron. Atas sana juga nampak pulau kecil-kecil dan yacth. Betapa besarnya ciptaan Allah. Cantik sungguh.

Telaga Tujuh. View from cable car.

Mat Saleh ! Jakun. :P
Then, I try main 6D game dengan Afiq si budak SPM tahun ni. Game ni baru buka bulan 12 hari tu. Nak rasa roller coaster tapi pakai spec 6D, try lah ni. Awesome!

6D Cinemation. Cool !

Dah habis semua tu, shopping lagi! Hahaha. Barang kat Oriental Village mahal sikit kalau nak compare kat Pekan Kuah but quality dia okaylah. Penat shopping, masa untuk makan. Ternampak restoran Arab. I apa lagi, sweet talk dengan ibu makan kat sana. Ibu dengan ayah pun on makan kat sana.

Makan share 4 orang pun tak habis.
Selesai makan, balik homestay, rehat. Hari kedua aku mandi 3 kali tahu. Petang tu jalan kat Beras Terbakar sebab teringat kat jiran, dia cakap dia beli jersey kat Beras Terbakar. Hahah


Muka ada macam Sam Bunkface tak? LOL

Panas dia memang panas sangat. Petang tu ingat nak tukar homestay, tapi bila dah masuk homestay yang baru, condition homestay too bad. So pindah homestay Kak Sarah yang lama.

Bolehlah nak main pantai dengan pasir. Yeayyy!

Pantai sebelah homestay je you. Nak usha pakcik nelayan pun boleh, minta ikan.

Ajet ajet Ulek Mayang maghrib maghrib.
Esoknya dah nak balik. Macam sedih macam happy. Entahlah. Ibu memang shopping banyak gila sampai tak cukup tangan nak bawa.

Sebelum balik Batu Pahat, singgah Perlis nak jumpa Kakak Yah yang study kat UiTM Arau. Malam tu makan seafood kat Kuala Perlis recommended by Kakak. Sedap dap dap lagi lagi sotong goreng tepung. Hehehe. Lapar memang lah semua sedap kan...

Habis makan, hantar kakak balik rumah sewa dia and kitaorang pun balik hotel. Esoknya pergi Padang Besar. Masuk Thailand ! Kat sana banyak jual jersey and boboiboy semua confirm rambang mata dan nafsu nak beli membuak membuak. Serious. 

Sawa di kap kap kap !

Too excited to wear his JDT jersey. 
Penat jalan, masa untuk balik Batu Pahat. Tapi sebelum tu nak jumpa Harith dulu. Sampai KL pukul 8. Jumpa Harith, Pak Su dengan Cik Wani kat Alamanda untuk pass coklat dan lepastu balik rumah !

Akhirnya sampai rumah pukul 1 pagi hari Khamis. Huhh, penat tapi best.

So, plan your holiday and work your holiday well okay. 

Thank you for reading. :)

Tuesday, 19 March 2013

Thursday, 14 March 2013

Talk to yourself

Assalammualaikum wbt.

Semenjak dah habis SPM, I just kept myself in this house alone without nobody. Nasib ada kucing yang kadang-kadang boleh sembang walaupun kucing hanya mampu membalas "Meow" but its okay.

Hari hari buat benda yang sama; cuci baju, pinggan, vacuum rumah (malas nak sapu sebab kalau sapu nanti habuk terbang so baik vacuum terus masuk dalam box vacuum tu. HAHAHA), mop itu pun kalau rajin. Dah habis buat semua tu mengadap Internet satu dua jam. Lepastu nak buat apa?

So, I do this thingy thing everyday (Bukan tiap hari tapi selang sehari). I love to record my own voice. Cakap dengan diri sendiri depan cermin. Bebel lah apa apa yang terpendam dalam hati.

"Raihan, bla...bla...bla......"

Kalau dah bosan cakap depan cermin, I take my phone lepastu pasang recorder. Hah! Contoh jikalau suatu hari terasa suara sedap dan merdu, I nyanyi lagu apa yang I hafal lepastu dengar balik. Terasa macam: "Euuww, sengau rupanya aku nyanyi. Habislah selama ni aku nyanyi dalam bilik kuat-kuat mesti adik aku kutuk." Bhahaha. Sebut pasal budak sorang ni, weekend ni dia tak ada sebab pergi UPM. Huh, tak ada lah orang nak temankan tengok tv nanti. :'(

Sebenarnya, ni baru mukadimah and ada benda lagi penting nak cakap.

I ada terbaca satu status dari motivator yang pernah datang sekolah dulu. Dia ada cakap,

"Kita selalu bercakap dengan orang tapi pernah tak kita bercakap dengan diri sendiri?"

Lebih kurang macam tu lah. Main point motivator tu ialah kita ni sibuk bercakap dengan orang sekeliling tapi pernah kita bercakap dengan diri kita sendiri, bagi motivate atau makanan rohani atau apa apa yang boleh rebuild spirit kita?

Rasanya diri kita sendiri rindu nak kita panggil diri kita dengan nama kita sendiri. Awak faham tak? Contoh macam ni.

"Wahai Raihan..." Macam tu. Dah faham kan sekarang.

Okay. Lepastu cakap apa yang kita dah buat selama ni, ada menyakitkan hati orang atau buat orang terguris hati kat kita atau tak. Selalulah ingatkan diri sendiri, apa yang kita buat kat orang, suatu hari nanti orang akan balas kat kita. Bak kata orang putih, "WHAT GOES AROUND COMES AROUND." Dan jangan lupa motivate diri lagi lagi pasal result SPM yang nak beranak lagi 6 HARI. Gigit kuku kaki tanganlah hari hari. Takutnya lahaiii~

Itulah gunanya bercakap dengan diri sendiri. Time macam inilah kepala otak dah set macam macam benda negatif dan merepek akan jadi. So, its time for you to give supports for yourself.

"You still have the chance baby to get what you want. You have Allah. What you need to do is just keep DOA all the time and be positive. Always!"

Thank you.


Tuesday, 12 March 2013

Kata-Kata Manusia


Assalammualaikum readers…

Nampaknya blog ni ada peminat setia. Ahakkk~ Raihan perasan. Thank you classmate sebab selalu tunggu cerita aku yang merepek. Ya, aku tahu kau bosan kan? Aku pun sama. L

Okay, cukup lah tu. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan akhirnya result SPM nak beranak. Aku suka guna perkataan ”beranak” sebab macam best. Haha. Alaa, sebenarnya nak hilangkan nervous korang yang tak tahu rupa result macam mana nanti. Sebabtu I buat lawak, guna perkataan ”beranak”. Faham kan? Tak. K... :D

Let say, kalau someone update status kat FB or Twitter or whatever social networking yang ada kat dunia yang fana macam ni :

“Result nak beranak. Mudah-mudahan aku dapat apa yang aku nak Ya Allah. Aminnn.”

Korang pula janganlah sibuk-sibuk nak comment :

“Kau target berapa nanti ?”

Tak rasa macam annoying ke? Well, semua manusia nak yang terbaik dalam hidup diaorang termasuklah aku. Then, dia reply macam ni :

“Aku nak straight A’s.” 

Dalam hati orang yang baca comment manusia yang update status tadi mesti dah mengumpat, mengata macam macam.
“Elehh, boleh ke budak ni nak dapat straight A’s? “

“Kelas belakang belakang ada hati nak dapat straight A’s.”

Yeah, typical stupid people! Sorry. Ni memang betul. Mulut manusia sangat jahat (bahasa sopan) atau longkang (bahasa kasar). Bukan nak kata apa. I used to be one of the ”mulut longkang punya manusia” suatu ketika dahulu pada zaman zahiliah so aku faham dan cuba memahami kata-kata manusia dan pemikiran manusia mengenai sesuatu hal. Lol, Raihan dah melalut.

Whatever it is, kita kena fikir dulu sebelum kita buat sesuatu. Pro dan kontranya sebab diri kita sendiri mampu mengubah cakap-cakap orang. Memanglah orang kata, orang mengumpat pasal kita, kita dapat pahala tapi tak kesian ke dia tup tup dapat dosa sebab mengumpat pasal kita ? 

So, elak fitnah dan cakap cakap orang okay. Tak perlu tunjuk apa yang kita ada atau apa-apa je kat dunia ni. Please don’t get offended or hurt feeling with what I’m trying to say okay. Take it easy and be an open minded person.

Renung-renungkan. Thank you for reading…



Saturday, 9 March 2013

Cita-cita atau cinta


Assalammualaikum gegirls and boboysss…

Macam biasa tajuk entry mesti nak gempak, mesti nak over macam orangnya kan. Haha. Sebenarnya nak cerita pasal cita-cita je and tak ada kena mengena dengan cinta monyet, beruk, dah sewaktu dengannya.

Well, since we were in kinder garden though. Teachers keep asking, “Dear gegirls and boboys, what is your ambition? Can you share with me?”

I still remember when I was in primary school. My teacher gave me a card. Then, she asked me to list down all my ambitions. If I’m not mistake, I have to list maximum 3 ambitions and guess what I wrote.


1. Doktor 2. Askar 3. Guru

Tak tahu kenapa Askar tu boleh ada. Haha. Maybe sebab selalu main game ”Police Entry” (I dont know how to spell it) tu yang nak jadi askar kot tapi kenapa tak polis? Hmmm, pelik. Setiap tahun cikgu akan bagi kad tu and isi column cita-cita dan setiap tahun juga cita-cita I pun berubah. Nak jadi pensyarah lah, polis lah. That’s the fact though. Kita still confuse dengan apa yang kita nak.




Then, when I started my secondary school I’m getting serious to think about my future. Masa form 1,2 and 3 tak fikir sangat sebab still not sure what is going to happen in the future. Then, bila result PMR keluar, I was admitted to Pure Science class.

Ibu selalu cakap yang dia nak I jadi accountant but the fact is I don’t even take any account subjects. I’m trying to follow what she said because I believe her instinct but I can’t. I gave so many excuses just to avoid her wants. I was struggling so hard when I was in form 4. I have to adapt with the subjects which are more details and complicated. Masa tu subjects yang rasa macam susah sangat ialah Kimia. Rasanya macam setiap exam fail kot. Kalau lulus pun setakat cukup-cukup makan.

Bila dah masuk form 5, I have to be serious. Dah tak boleh main-main lagi. Well, rasa macam best bila jadi senior. Best bila adik-adik comel panggil I kakak. Hahaha. Result exam pun getting better especially Biology and Chemistry. Physics and Add Math I don’t why I feel so hard to digest them in my mind. Lagi-lagi Physics. Makin nak exam makin confuse dengan formula and concepts. Add Math tu last minute baru nak pergi tuisyen. Nasib lah dapat back up topics yang lemah.

Satu hari tu, cikgu kaunseling ada cakap pasal Motivasi untuk kerjaya kat SEGi College. Memandangkan program tu free, so I dengan classmates pun pergilah program tu. Motivator kitaorang masa tu Encik Azam dengan lagi sorang. I lupa nama dia siapa. Sesi pertama kitaorang dengan Encik Azam. Encik tu tanya sorang sorang apa kitaorang punya aim and cita-cita. What we want for our SPM; straight A’s or whatever A’s.


Encik Azam

When it came to my turn, dah jadi cuak. Hahaha. Tiba-tiba Encik Azam tu cakap, “Okay, next. Nampaknya macam nak jadi guru awak ni.” I tak ingat ayat dia macam mana tapi lebih kurang lah. Masa tu rasa nak tergelak. Hehe. Bukan gelak pasal guru tu tapi tak sangka orang akan cakap macam tu.

Here, I learnt something. People can judge you, give an assumption by looking at the way you wear and talk. Nak tutup mulut manusia dari cakap pasal diri memang tak boleh lah tak kira benda itu baik ke tak. Lepastu, dia tanya soalan yang sama macam I cakap tadi.

”Saya ada 2 cita-cita. First saya nak jadi doctor pakar bedah paru-paru and businesswoman. Sebab nak jadi doctor pakar bedah ialah saya tengok ayah saya, pakcik saya semua hisap rokok. Saya jadi takut. “

Le classmates yang super busybody tu tetiba “pewit”. Hahaha. If you got what I mean? I don’t have to explain here okay? Itu semua gurau. 

“Second, saya pilih business sebab parents saya ada business sendiri. Manalah tahu, suatu hari nanti saya boleh tolong diaorang majukan business diaorang.”

Then, Encik Azam asked for my birthday date. Well, he started did something about that date. Apa yang dia kira or conclude pasal date tu pun I tak tahu. Habis “baca” date tu dia cakap “Better awak ambil business.”  And I just nodded and okay.

I took serious with what he said. Tapi sebulan lepastu fikir balik pasal benda tu, I macam tak nak ambil business and tetap nak doctor. Until one fine day, ada pameran pendidikan Australia kat hotel di Batu Pahat.  I pergi je lah dengan parents lepas habis sekolah. Excited gila bila tengok macam-macam universities and colleges kat Australia. Siapa yang tak nak belajar kat overseas kan? Semua nak including me.

Ibu sibuk interview satu satu Uni and kolej kat situ. Kerja I hanya ambil brochures and magazines. Hahaha. Datang sana untuk saja-saja tapi perasaan excited tetap ada. Sampai rumah, terus mandi buat routines budak sekolah macam biasa. Malamnya, belek magazines one of the universities kat sana.

Tiba-tiba…ternampak satu course yang sangat interesting. Psychology and nutrition. Apa lagi, terus cakap dengan ibu yang mana satu lebih baik. Well, psychology is more to human and their attitude while nutrition is about food and the effect. I think so. Hahaha. Suka sangat buat conclusion sendiri.

I already checked in UPU whether the course is available and yes there are a few universities offer the course in the name of dietetic instead of nutrition.  Lebih kurang sama lah tu. So, instinct makin kuat nak jadi nutritionist. :D 

Bila fikir balik, penyakit yang datang pada manusia semuanya disebabkan cara pemakanan dan gaya hidup manusia itu sendiri. My bestfriend used to ask me, “Asal nak jadi tu?” I pun apa lagi cakap lah, “Aku kan suka makanan.” Hahaha. Rasanya ada kena mengena ke ? Hmmm...

I dah ada study planning sendiri tapi sekarang tunggu result nak beranak je. Lepastu dah boleh melancarkan bom. I have to believe and be positive. Kalau nak fikir pasal cakap-cakap orang memang tak lah kita nak maju. Pekakkan telinga butakan mata.

Thank you Tumblr. 

Nice to see but its too hard to eat.

Enough for today. Thank you for reading. Byee...


Monday, 4 March 2013

Alhamdullilah

Assalammualaikum...

As I told you in my last post, I've got my JPJ test today and I make it. Litar and jalan raya semua lulus. Alhamdullilah. Syukur sangat. 

Nak kata nervous tu memang ada lah lagi lagi masa kat litar. I dapat turn nombor 11. So, kira macam tengah tengah and tak delah terkejut sangat. Boleh tengok yang lain buat macam mana. Bila tengok ada yang tak pass lagi lagi bukit rasa macam, alaaa takutnya. Nasib Nisa test hari ni juga. At least ada lah teman nak berbual and hilangkan rasa nervous yang gila babun ni kan. Hahah.

Tapi rasa macam kesian dekat kawan yang dapat kereta rupa cantik tapi condition K.O. Tak rasa macam frust tertonggeng ke ? Sebab kereta, kita fail ? Patut report kat JPJ ni. Hmmm...

Then, jumpa Elya. Dia pun lulus part litar tapi jalanraya tak tahu lagi. Harap-harap luluslah. ;) Bila dah sampai turn nak test jalanraya, rasa nak terkencing pun ada. Gall bladder dah penuh kot walaupun hakikatnya tak. :D 

Masuk kereta bagi salam. "Assalammualaikum Encik." Betulkan seat, side mirror, dan semua yang ada dalam kancil tu. Tapi I lupa nak check gear free ke tak. Huh. Habis satu markah. Then, jalan. Ni lagi satu hal. Bagi signal pun lambat. Dah berhenti baru nak signal, so hilang lagi satu markah. Encik tu pun dah sound "bagi signal awal-awal dik." "Hmm, k....." 

Rasa dah stress sikit bila dah kena sound macam tu tapi kena cool balik. Lalalala... jalan lah macam biasa. Gear memang lantaklah kan. Balun ikut sedap rasa je. Janji gerak, tak mati sudah. Dah sampai area kedai yang lepas traffic light tu, jalan pun busy. Kereta ikut suka keluar masuk tak pakai signal, orang lintas tak tengok kiri kanan. Masa tu halaju kereta 50km/j agaknya. Tetibe ada orang nak lintas. 

"Adik, slow sikit. Orang nak lintas tu." Aku pun sengeh a.k.a senyum kambing macam ni. 


"Awak, jangan sengeh sengeh. Awak buat salah tu." Automatically muka dah masam macam ni. 


 Dah start nak sensitif masa ni. Dah bergenang macam kolam dah mata ni. Okay, waa kena tahan. Jangan jatuh. Dah masuk jalan Parit Besar, Encik JPJ tu dah start berbual. Itu lah inilah. Ye kan je lah. Dalam hati dah cakap, confirm fail kalau dah kena sound macam ni. :(

Dah habis test, tengok slip dapat 17/20. Fuhhhh ~ Lulus. :) Ohh, drama belum habis lagi. Wallet terlupa nak ambil kat seat belakang dalam kereta tadi. Disebakan fikir pasal wallet, test card lupa nak sign. Main letak kat bakul. Terus pergi sekolah memandu nak hantar result test tadi. 

Dapat call daripada Nisa. "Raihan lupa nak sign..." Nampak tak siapa cuai dan kalut sekarang ni ? Budak ni cuai ! Tak memasal susahkan ayah pergi pesta ambil slip, lepastu pergi Parit Besar balik. Huhhhhhh. Sabar jeee...

Walau apa pun, budak ni tetap dah lulus. Alhamdullilah again. :) Boleh book kereta ni. Hahaha. 

Terima kasih semua yang wish luck and doakan titew (kita) lulus. Heee. Jasamu dikenang buat selamanya. 

Thank you for reading. xoxo