Wednesday, 27 February 2013

Kerja

Assalammualaikum.

I'm alone today. In fact, everyday. Hah ! Let it be. Hari hari yang dilalui berjalan tanpa aktiviti yang memberikan kepuasan kepada jiwa dan raga. Ohh, wait ! Jangan berfikiran kuning okay. Yeah, dulu plan macam-macam nak buat dengan bestfriend a.k.a classmates a.k.a girlfriend a.k.a boyfriend lepas SPM tamat. Hmmm, tapi semua busy. Kenyataan bahawa "Manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan" adalah benar. Sedihhh ~

And now, semua dah bawa hala tuju masing-masing. Kerja, sambung belajar, masuk itu masuk ini. Aku ? Keluar masuk rumah angkat kain je lah kan. Hahaha. Tapi tak sebenarnya. Ada lah juga benda yang budak ni buat yang mendatangkan faedah buat dirinya. Kadang-kadang penat nak jawab soalan yang sama, "Eh, kau buat apa sekarang ? Kerja ? Tanam anggur ?" Eleleleh, aku pun suka tanya orang soalan tu nak cakap orang pula. Muahehe. Tanam anggur ? Ni benda yang aku pelik. Apa kaitan anggur dengan tak kerja ? Maka, aku bertanya kepada seorang teman di perantauan iaitu kawan di sekitar Peserai. "Engkau mengANGGUR ke?" Can you see the "anggur" there ? Kesian aku. Itu pun tak tahu. Patutlah asyik kena kelentong je.

Okay okay. Sambung balik. Plan dulu dulu nak masuk class mandarin konon kononnya dengan bestfriend. Tapi dia ni sambung belajar kat Uni for his Pradip, jadinya tak nak mengacau ke-busy-an dia yang dah memang sedia busy tu. Nasiblah ada Nanan. Comelkan nama Nanan tu. Hehehe. Dipendekkan cerita pergilah class mandarin tu dengan Nanan dan adik dia yang super handsome+comel+matured, Imran. Baru form 2 tahu. Nanti I tunjuk gambar dia tapi tak janji eh. Yuran memang mahal tapi sebab nak mengisi masa yang terluang ni, aku pun sweet talk dengan ibu. Ibu pun termakan dengan ayat-ayat sweet aku hahaha. So, class pun start bulan Januari hari tu. 

First day masuk, nak ketawa tapi tahan. Ye lah. Baru first day kau dah over. Nak kena buang ke ?  Kita tunggu lagi beberapa bulan, haaaa jadilah pusat tuisyen tu milik kau. Mula-mula senang tapi sekarang dah susah sikit. Panjang pendek, atas bawah, harkaat. Ni baru belajar sebut belum belajar tulis lagi. Menangis tak agaknya ? Hmmm....kita tunggu. 

Next is driving lesson. Dah nak habis latihan pun. 4 March saya test JPJ. Doakan lulus eh ? :D Terima kasih.  Tak nak repeat. Membazir duit dan tenaga nanti. Bila dah dapat lesen nanti boleh start racing. Yeay ! Yeay ! Cita-cita macam nak jadi drifter boleh tak ?

Terakhir tapi tak dilupakan. Kerja sebagai BIBIK. Hari hari ditemani bunyi meow kucing yang dah menggatal nak kahwin. Dah lah sumbang mahram dengan mak sendiri. Maklumlah, kat taman ni ketandusan kucing betina yang cun cun, hanya ada kucing jantan yang rakus lagi karlos (AKAN DATANG DI TV3). Kesian mak dia. Tapi itu binatang. MANUSIA JANGAN ! Tapi (lagi) dunia sekarang makin kejam dan tamak. Takut... Wahai perempuan, kunci rumah bila bersendirian sebab ada yang memerhati. 

Ohhh, wait !!! Belum last lagi. Ni kerja yang paling menyeksakan. Kerja TUNGGU RESULT SPM. Ya Allah... Tak sampai sebulan je lagi. Kementerian dah kata result keluar 20 March 2013. Officially ! Semua mengharap dapat result yang cemerlang straight A's plus (9A+). Nampak macam mustahil tapi kuasa Allah siapa tahu kan. Banyak-banyakkan doa okay. 

Enough for today. Nanti saya bebel lagi eh. Ada driving lesson petang ni. Bye bye. Thank you for reading. 




Tuesday, 26 February 2013

Jalan-Jalan

Assalammualaikum semua.

Dah lama tak post. Sebabnya tak ada mood nak post apa-apa. Sebab apa tak ada mood ? Sebab saya pun tak tahu. Hehehe. Tapi sekarang dah okay. KOT.

Balik kepada tajuk post, hari Sabtu lepas bersamaan 23 Februari, pergi Melaka. Tujuan sebenar ialah nak pergi Karnival Jom Masuk U, nak survey Universiti and course apa apa yang interesting. Ramai sangat kat sana. Bukan ramai budak lepasan SPM tapi ramai budak sekolah Form 5. Rasa macam tak berbaloi diaorang pergi. Hmm, tapi biarlah diaorang nak merasa excited masuk U macam kitaorang. Hahaha. Karnival tu berlangsung kat MITC. Melaka masa tu macam macam ada. Ada pameran kahwin dekat Mydin Melaka dengan jualan buku kat Melaka Mall.




Tour guide kitaorang iaitu Cik Fahmi Mustafa a.k.a Amy (HAHAHA) kasi masa dari pukul 11pagi sampai 2 petang. Lepas tu pergi Mydin untuk makan tengahari. Pack gila kat sana. Nak cari tempat duduk untuk makan pun susah. Lepas makan kita blaaa dari situ. Tak tahan. :D 

Then, pergi Masjid Selat untuk solat. Sesi bergambar tak pernah dilupakan uolllss...


Cecomel je. 
Susah weii nak ambil gambar macam ni.  ;)
On our way to Dataran Pahlawan.

Next destination was Dataran Pahlawan. Okay, dah bosan sebenarnya pergi sana. Hehe. So, Madi, Wani dengan Aini mencadangkan supaya kitaorang jalan jalan kat A Famosa masa mesyuarat dalam bas tadi.




Lakonan semata-mata.
Real tak ? Cc: to Madi. Hok alohh, ni bukan Twitter. LOL
Kenangan terindah. Haha. Caption nak jiwang. 
Boom ! Saya bom itu British. Puas hati. 



Dah sampai kat A Famosa tu rasa macam nak naik beca, tapi tak nak. Naik beca RM 15 untuk 30 minit. Lebih baik jalan kaki. Boleh exercise sekali.


A Famosa.
Le' classmates...
Penganggur terhormat jalan sampai Melaka ! 


Kitaorang ada buat random videos. Here they are ! I'm sorry for the overacting. Jangan kutuk atau mengata. Tak baik. Allah marah. :)



Bila jalan jalan around Melaka dengan diaorang rasa best sangat. Gelak sakan tau. Tak caya tengok lah videos tadi. Yang gelak lebih-lebih tu saya. Hahaha. Dah lama tak gelak, gitu lah gayanya. Ye, tahu gelak banyak boleh gelapkan hati tapi bukan selalu kan ? Peace... ;)

I'm okay now. Thank you for reading. 




Friday, 15 February 2013

Harith Haidhar

Assalammualaikum readers...

Wohoooo... Cuti dah habis. Ahahhh tapi bagi budak lepasan SPM yang tak kerja macam aku ni memang hari hari ialah hari cuti. Kadang-kadang sampai tak ingat hari ni hari apa.

Harith Haidhar budak 3 tahun 4 bulan. Lahir pada 2 November 2009. Handsome dan sangat handsome. Hahaha. Budak kecil mana yang tak handsome, cantik dan comel. Allah ciptakan bayi/budak kecil comel sebab nak manusia hargainya bukan buang masuk tong sampah atau mangkuk tandas. Hah ! Tak faham dengan manusia sekarang.

Pandai berzina tapi bila dah bunting tak pandai tanggungjawab. Memang mangkuk betul ! >.< Huhh. Geram ni. Dah lah buat dosa berganda-ganda. First buat maksiat tapi tak kahwin. Second, mengandung lepastu buang macam sampah. Kan bagus kalau kahwin dulu sebelum buat semua tu. Dah ! Dari marah-marah baik tengok gambar Harith. :D

I was born to this world. 

























Are you melting to see all this photos ? Yes? We are gang! Budak sekarang dah pandai pandai tau. Bangun bangun je main iPad, iPhone dengan handphone parents dia. Basically, they learn with what they see and hear. Example, pengaruh Upin Ipin dengan Boboiboy sangat kuat sekarang ni. They learn how to talk with others by hearing all the dialogues in the cartoons. That's how Harith does. Contoh ayat dia yang pernah saya dengar :

  • "Allah, barang jatuh." 
  • "Okay boss ! "
  • "Buat kerja sana." 

Ayat paling best dia cakap ialah, "Kakakkk !" Hahaha. Comel sangat. Kalau balik kampung je mesti ada benda baru yang dia buat. I'm always excited tunggu dia balik. Although all the sentences are short tapi itu dah cukup untuk dia belajar sebelum dia masuk tadika kelak. To be honest, handsome Harith ikut ayah dia and comel Harith ikut ibu dia.

p/s: cepat-cepatlah dapat adik tau Harith. Cakap ibu. Hahaha. I'm kidding. :)

Thank you for reading.

Wednesday, 13 February 2013

Biasiswa.

Assalammualaikum semua.

Lagi berapa bulan semua nak sambung belajar kan. So, saya rasa nak cerita sikit pasal biasiswa. Ye lah. Nak belajar semua tu bukan guna sikit duit okay. At least RM 30000 tau. Hah ! So, kita semua kenalah apply biasiswa.

What you need is EMAIL. Sign up lah yahoo, hotmail, gmail atau apa apa pun. Do it now ! :D Lepas tu pergi laman web ni : biasiswa.

Bila dah pergi laman web tu, nanti dia ada suruh beli buku kit biasiswa. Itu terserah korang nak beli ke tak. And nanti ada keluar benda ni.

Isi semua ni ! Email kena sign up dulu tau ! :D
Lepas tu terus check email untuk confirm. Dari hari ke hari dia akan update biasiswa yang ada kat Malaysia ni. So, jangan lupa mohon tau. Sekarang ni biasiswa The Star, Maybank, Hong Leong dah keluar. Closing date untuk Maybank lagi seminggu lebih nak tutup, cepat cepat mohon tau. 

Good Luck okay ! ;) Assalammualaikum...

Random

Assalammualaikum semua.

Okay, I think its gonna be my "Random" entry. Banyak cerita tapi disatukan dengan satu tajuk iaitu "RANDOM". Ahahah. Cool babehhh...

Bila kita attend satu majlis like majlis kahwin, kenduri atau apa-apa majlis kan, mesti banyak sangat kerenah manusia yang kita lihat. Eh, tapi bila masanya kita nak tengok kerenah manusia tu ? Hahh ! Macam ni. Sebagai contohnya, kalau pergi majlis saudara mara ke mestilah dah ada orang catering atau orang kampung yang tolong rewang rewang semua tu. You know what is the meaning of "rewang" kan ? Okay, great. :D Datang majlis orang terus makan nasi minyak yang semuanya nampak sedap, usha-usha orang kiri kanan manalah tahu dapat "First sight love" ke. Hakktuiihhh ~ gatal nohhhh. Hahaha. So lepas makan, masuk tuan rumah punya rumah, duduk duduk sambil berbual. Disebabkan bosan, layan telefon main game. Am I right ? Jangan tipu sebab waa pun buat macam tu juga. Heee ;)

Tetapi, ya tetapi takkan nak menghadap telefon je sampai majlis habis. So, time tu lah kita observe what people do. Dah macam psychologist pula. Agaknya kena ambil course psychology ni.  Pelik, kelakar semua ada. Senyum sinis lah jawabnya. One of the pelik thing I saw masa observe people ni ialah cara salam antara manusia dengan manusia.

1) Salam dahi
Salam dahi ni contohnya kita salam orang yang kita nak salam tu lepas tu letak kat dahi. Boleh bayangkan tak  ?

2)Salam pipi
Salam pipi ni contohnya kita salam orang yang kita nak salam tu lepas tu letak kat pipi. Ni first time saya tengok orang salam macam ni. Pelik tak ?

3) Salam cium tangan sendiri
Cuba buat sendiri.

4)Salam cium mulut.
Ni biasa kita buat. Saya tahu. Nanti mesti ada orang cakap, "Tolonglah, salam macam tu habislah tangan orang tu kena air liur." Apa sempit sangat fikiran tu ?

Banyak lagi hal orang perdebatkan mengenai hal "Salam" ni. Cuba baca blog ni "Mengenai salam" untuk tahu lebih mendalam. Ya, memang hak masing-masing nak salam macam mana tapi kita kena ingatlah dan perbaiki setiap perbuatan kita. Tak salahkan berubah menjadi lebih baik ?


Bersalaman antara orang Islam dengan bukan Islam. 

And I just attend satu majlis kahwin family sebelah ibu minggu lepas. Like seriously, majlis kahwin ni simple sangat. No pelamin, no renjis-renjis. Cuma berarak dan makan beradab je. Tiba-tiba teringat kata Ustaz kat sekolah. 

"Sebenarnya, bersanding tu amalan orang hindu. Cuba tengok orang cina kalau kahwin mana bersanding segala." 

So, conclusion nanti saya tak nak bersanding ya awak. Hahaha. Actually ni lah first time tengok majlis kahwin macam tu. Dalam kepala dah terfikir, "Macam manalah rupa aku kahwin nanti eh? Meriah tak?" Hok alohhh Raihan berangan je lebih. And ada suara-suara sumbang berkata : 

"Dah besar anak kau. Tak lama lagi dapat menantu lah ni." 

Waa dengar ayat ni dah senyum tersipu sipu tahu. Hahaha. Entah pape je nenek nenek atuk atuk ni. Before I keep rambling lagi banyak, better stop now. Ohh, lupa. Hari ni last holiday kan untuk adik-adik yang study kat kolej, SBP and MRSM ? So, welcome back to school yeahh babiessss !!!

Thank you for reading. Assalammualaikum. 





Friday, 8 February 2013

Berubah

Assalammualaikum...

Masa dulu-dulu siapa yang tak pernah jadi nakal, degil dan tak dengar cakap parents kan? Yeah, I guess semua pernah macam tu dan tiada yang terkecuali. Tipulah kalau tak pernah buat jahat dengan ibu ayah. Kalau setakat tipu sunat tu memang selalu lah kan. Haha. Benda yang selalu kita buat masa kecil-kecil dulu ialah gaduh dengan dengan adik-adik. Since, I have only one brother, dia je lah tempat aku selalu gaduh. Masa tu influence WWE sangat kuat. Disebabkan banyak sangat tengok benda tu, ada lah juga test nak buat kat adik. Smack down, tumbuk-tumbuk, sepak-sepak. Bila dapat kalahkan dia, start kira 1,2,3 kring kring. Aku menang ! Hahaha. Geram terbalas. Ganas kan ? Tu dulu tapi sekarang dah lembut tau. Heheh. Wekkk geli je.

Even pasal makanan pun nak bergaduh. Fikiran tak matang memang macam tu. Belum akil baligh katakan. Bila ingat balik rasa macam nak ketawa dan geram dengan diri sendiri pun ada juga. Kadang-kadang jadi kakak pun bukan nak mengalah. Ye lah, nak kasi adik menang je mana aci.

Now, everybody has grown up. But, sometimes dah besar pun fikiran macam budak kecil lagi. Please jangan terasa. Pleaseee ! :D

I found this on Twitter.  Think of it . 

Adakalanya betul juga apa yang benda atas tu cakap. People always said, "Untunglah adik beradik sikit. Semua benda nak, awak dapat. Untunglah~" Honestly, I hate the word "UNTUNGLAH" but it doesn't mean I hate the person who says that word. Sorry. Maaf. :) Orang tak pernah faham apa yang kita rasa atau hadapi. Ya, saya mengaku memanglah best adik beradik sikit. Nak barang semua dapat. Tapi tak semua okay ! Kasih sayang pun insyaAllah cukup juga. Kalau kena banding-bandingkan dengan adik beradik itu normal.

Ya, walaupun adik beradik ramai kos sara hidup tu tinggi kalau nak dibandingkan dengan adik beradik sikit tapi siapa tahu rezeki bila masing-masing dah besar. Dapat kerja best, gaji banyak. So, everything back to the basic lah. Always think positive. Sebab tu parents selalu cakap, "Belajar rajin-rajin. Ubah nasib keluarga." Jadi manusia jangan selalu berserah pada Allah je, usaha tu perlu. Takkan nak harap kesenangan jatuh dari langit kan ? Enough for today. Renungkan...

Terima kasih sebab baca. :) Assalammualaikum...


Thursday, 7 February 2013

Kenangan #2 (School Trip)

Assalammualaikum, Hi and Hello people...

Tak tahu nak update apa tapi terasa nak type story or experience. Dah ketagih nampaknya dengan benda alahhh ni. Hahaha. So, nak cerita apa ni ? Okay. Pasal kenangan lepas sekolah lah. Ni kira termasuk dalam "Kenangan" punya sekuel kan ? Aiyoyo, whatever. ;)

Lepas SPM habis, form 5 ada buat lawatan pergi sunway Lagoon and Melaka. Masing-masing dah excited nak pergi lagi lagi saya. Sebabnya saya tak pernah pergi sana. Eh, tak. Pernah pergi tapi tu 17 tahun yang lalu. Masa tu baby lagi. Ya, baby mana tahu apa-apa kan. Yang dia tahu menangis, minta susu ibu, ketawa. Hehe. Okay, sambung cerita balik. Tak silap tarikh lawatan tu 11-13 Disember 2012 kot. Dah lupa lah. :D A few weeks before kitaorang confirm nak pergi macam macam cerita pasal SL tu. Orang mati kena kencing tikus lah apa lah. Tapi kitaorang masih hidup sampai sekarang. Alhamdullilah. Metabolisme kuat namanya tu.

Macam biasa malam nak gerak pergi KL tu kena tunggu kat sekolah. Pukul 11.45 malam saya dah sampai sekolah. Tapi bas pula lambat sampai. Dekat satu jam lebih tunggu bas. Punya lah bosan tunggu bas. Ketawa, berbual, main message, ketawa dan bla bla bla... Bila bas dah sampai masing masing rebut tempat duduk. Saya duduk dengan Nisa time tu. Fazira dengan Aini, Farahin dengan Wani dan adik Aini duduk dengan adik Farahin. Dalam kelas, kitaorang ni je lah yang pergi. Campur classmates lelaki 12 orang je kot. Sikit kan ?

Dalam bas, dah tak tahu nak buat apa. Nak tidur pun tak boleh. Terenjut sana terenjut sini. Nasib tak muntah. Jadinya. Pakcik driver pun on movie "Ngorat" malam tu. Cerita tu sumpah entah pape je. Hahaha. First place kitaorang sampai ialah Masjid Negara. Nak solat subuh, breakfast and mandi kat sana. Tapi gang-gang I tak mandi pun, cuma bersihkan apa yang patut. Ya lah. Nanti sampai Sunway nak mandi lagi. Jadinya, kitaorang pun jimatkan air dengan hanya memberus gigi dan mencuci muka. Membazir tu kan amalan Syaitan yang direjam. Ye idok ?

Dah habis sarapan, our next destination is Tugu Negara. Well, tempat ni dah selalu sangat pergi tapi disebabkan memenuhi kuota lawatan ni kena lah juga pergi Tugu Negara. Jumpa banyak sangat tourists. See, how they appreciate our history and our warriors. Chingg ! (Bunyi pedang)

Nisa, Farahin, Raihan, Wani, Fazira.
Ni lah budak lelaki yang pergi dengan kitaorang. Ada yang dah janji nak pergi sama-sama. Opsss ... :)
Ni orang Cina dari China. Supporting habis lagi lagi yang lelaki tu. Forever peace !

Our guide tour (Mr.Alif) bagi masa setengah jam kat sini. Then... Finally !!! Tempat yang kitaorang paling tunggu tunggu kan. Sunway Lagoon ! Punyalah excited. Ada yang pakai baju bunga bunga feeling feeling macam nak mandi tepi pantai. Haha. Kelakar je. Nasib tak ada yang bawa pelampung dengan safety jacket.

Sampai sana kitaorang kena tunggu dekat satu jam. Mencabar kesabaran betul bila dengar budak budak kecil jerit sebab suka sangat main air. Perasaan nak main air semakin membuak-buak dalam diri ni. Hahaha. Akhirnya, penantian kitaorang berakhir. Yeay !!! Sebelum masuk, people-in-charge Sunway Lagoon check beg semua orang. Mana lah tahu ada yang bawa makanan berat berat. For your information, dalam Sunway Lagoon "No outside food is allowed" and we must obey that.


We managed to come in. Yeayy !!

First thing masuk, terus cari toilet and tukar baju mandi. Wait ! The gegirls tak boleh pakai swimming suit ya. Seksi noohhhh. Hahaha. Lepas tukar baju, terus pergi kaunter locker. Kitaorang kena sewa locker untuk letak barang kitaorang yang super banyak tu. Let me tell you this one. Important. Kat Sunway Lagoon ada 2 jenis locker. Satu locker murah satu locker mahal. Locker murah macam ni. Bayar RM 15 (murahkan) tapi boleh buka sekali je and yang pasti kecil sangat. What if you need something to take like wallet or whatever kena buka locker, kan dah rugi. So, better sewa yang besar punya. Locker mahal RM 30 (mahalkan) tapi boleh buka banyak kali and besar gedabak. Memandangkan barang kitaorang bawa banyak, terpaksalah sewa dua locker mahal. Hahaha. For more information, datang Sunway Lagoon okay, nanti orang kat situ explains lebih details. Heee :D

Apalagi nak tunggu ! Terus masuk air lah jom ! haha. Tapi sebelum tu kenangan harus diabadikan di dalam memory card camera dulu. Ye tak ?

Terima kasih kepada "pasir" kerana menjadi stand dan "selftimer" kerana menjadi photographer.  xD
Muka excited. Lupa nak letak spect dalam locker. Hahaha

Dah penat main dekat satu jam, kitaorang pun pergi jalan jalan around Sunway. Main slides and roller coaster. Dengan kaki ayam nya segala. Kisah apa kan. Janji bergembira. Lepas dah berjalan, main roller coaster semua tu, kitaorang rendam lagi sekali dalam air. Tengok hari dah mendung, kitaorang decide tukar baju. Bila dah tukar baju dekar 45 minit, tengok kat luar dah hujan renyai renyai. Alhamdullilah, timing kitaorang set berjaya dengan jayanya. Mulalah operasi berjalan satu Sunway Lagoon. Masa jalan dengan berkaki ayam tu, dah survey nak main itu nak masuk ni. So, senang lah nanti. Terus masuk je tak payah fikir panjang. Sebelum tu, kitaorang makan dulu. Dah lapar sangat kan. Makanan kat sana memang mahal. Better sebelum masuk Sunway Lagoon, isi perut dulu. Makan lah kenyang kenyang. Kat sana ada banyak  fast food restaurant like MarryBrown, Subway and etc.

Hotdog dengan roti ni harga RM 6.50 plus air mineral RM 2.50. Lapar punya pasal terpaksa lah beli. 
One of the games that we played. Try and feel it.
The zombiesss. Rumah hantu tak seram pun. Kahkah.

We walked on Jambatan Gantung. Sumpah gayat !

Banyak lagi games kat sana. Ada yang free and ada yang kena bayar like flying fox and bungee jump. Ada Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park and banyak lagi park. Kitaorang tak sempat nak explore semua tu sebab dah penat sangat berjalan, macam kaki nak tercabut. Disebabkan penat, mood pun dah swing. Memang spoilt betul. Habis moody dengan kawan kawan. Sorry. ;) Hah, nearly forget ! For sure kat sana ada souvenir store. Ada jual keychain, baju bunga-bunga, and macam macam lagi. Harga affordable and reasonable kot. Jangan lupa beli untuk family and kawan kawan sebagai buah hati. Eh, I mean, cenderahati. :D

Next, ICT Shah Alam. Mula-mula rasa excited. Ye lah awak, kita tak pernah pergi. Macam jakun lah kan. Hahaha. Tapi bila dah masuk, macam boring sikit. Tengok lampu-lampu cantik je. Kat sana ada Spinner yang macam kat Genting Highlands. Alaaa, yang swings banyak banyak tu. Bayar RM 5 je kalau nak main. Banyak lagi games kat sana. Macam funfair pun ada. Tempat karouke pun ada juga. Tapi, mostly games kat sana untuk kanak-kanak.  Dah puas jalan, kitaorang plan nak makan dalam bilik apartment nanti. Jadinya, belilah burger dengan kebab. Tiga jam kat sana terasa sangat lama. Hahaha. Akhirnya, balik pun kitaorang ke tempat beradu (apartment).

Cantik kan ? 
Lights here and there.

Bila masuk bilik, cikgu inform akan bagi makanan. Nasi goreng dengan ayam goreng. Habislah... Burger dengan kebab tu siapa nak makan. Nampak tak pembaziran kat situ? Nak tak nak, terpaksalah makan semua makanan tu. Memandangkan satu rumah (apartment) kena ada 9 orang dan setiap bilik ada 3 orang dan apabila melihat bilik semua katil single, terpaksalah tolak satu katil single dan bercantum dengan lagi satu katil single menjadi katil Queen ! Brilliant ! Brilliant. Hahaha. Dah masing-masing penat, nak berbual-bual kononnya pasal buah hati terpaksa dilupakan. 

Esok paginya, our last day pergi Putrajaya. Jangan nak cakap ni tempat budak sekolah ke apa eh. Tak baik je ! Kat sana saya kena tipu. Kena tipu sebab beli T-shirt ! Geramnya lahaiii. Moral value, sebelum nak beli survey semua tempat and harga. Baru decide. Faham ? :) Then, singgah Alamanda. Jalan sana jalan sini. Tengok sana sini. Satu jam je kat sana. Lepastu masuk bas, and continue pergi Melaka. On the way pergi Melaka, Pakcik bus on movie Istanbul Aku Datang. Yang lain tengok tapi saya dengan Nisa tidur. Penat sangat. 

Apa ada kat Melaka ? Ya, Melaka ada Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. Ingat kan pergi Jonker Street ke apa, tapi tak. Sedih je. :'( Tapi sebelum tu, ada singgah Mydin dan Masjid Selat Melaka untuk solat. Then, baru pergi Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. Macam biasa, jalan sana jalan sini. Wani, Fazira, Farahin dengan Aini makan Burger King tapi Raihan dengan Nisa tak. Sebab dah makan kat Food Court Mydin. Hehehe. Errr... Okay. Sambung balik. Dah habis jalan kat Dataran Pahlawan, pergi Mahkota Parade. Berdepan je dua shopping mall ni. Sebenarnya waa baru tahu pun yang Mahkota Parade dengan Dataran Pahlawan adalah dua shopping mall yang berbeza. Hahah. So, tak tahu nak buat apa kat sana ternampak tempat bowling. Nak main tapi tak jadi. Jalan depan sikit lagi, ada Pusat Hiburan. Bukan club malam tapi pusat hiburan main token. Hahaha.  

Nisa & Raihan pilih main benda ni. Thank you Fazira belanja !  Satu pun tak  kena. Hampehh ~

Its time to go back baby ! Yeah, on the way balik Batu Pahat Pakcik bus on lagi sekali movie Aku Terima Nikahnya. Sweeettt lohhh sangat... :P We had soo much fun. Spent my time with my friends is sooo priceless. For me, holidays with friends and family are different okay. Totally different. 

p/s: I borong baju "I LOVE Melaka" banyak giloooo. Habis duit... :( 

Thank you for reading this. Sayang semua yang ada dalam ni sangan sangat. Assalammualaikum.