Tuesday, 26 February 2013

Jalan-Jalan

Assalammualaikum semua.

Dah lama tak post. Sebabnya tak ada mood nak post apa-apa. Sebab apa tak ada mood ? Sebab saya pun tak tahu. Hehehe. Tapi sekarang dah okay. KOT.

Balik kepada tajuk post, hari Sabtu lepas bersamaan 23 Februari, pergi Melaka. Tujuan sebenar ialah nak pergi Karnival Jom Masuk U, nak survey Universiti and course apa apa yang interesting. Ramai sangat kat sana. Bukan ramai budak lepasan SPM tapi ramai budak sekolah Form 5. Rasa macam tak berbaloi diaorang pergi. Hmm, tapi biarlah diaorang nak merasa excited masuk U macam kitaorang. Hahaha. Karnival tu berlangsung kat MITC. Melaka masa tu macam macam ada. Ada pameran kahwin dekat Mydin Melaka dengan jualan buku kat Melaka Mall.




Tour guide kitaorang iaitu Cik Fahmi Mustafa a.k.a Amy (HAHAHA) kasi masa dari pukul 11pagi sampai 2 petang. Lepas tu pergi Mydin untuk makan tengahari. Pack gila kat sana. Nak cari tempat duduk untuk makan pun susah. Lepas makan kita blaaa dari situ. Tak tahan. :D 

Then, pergi Masjid Selat untuk solat. Sesi bergambar tak pernah dilupakan uolllss...


Cecomel je. 
Susah weii nak ambil gambar macam ni.  ;)
On our way to Dataran Pahlawan.

Next destination was Dataran Pahlawan. Okay, dah bosan sebenarnya pergi sana. Hehe. So, Madi, Wani dengan Aini mencadangkan supaya kitaorang jalan jalan kat A Famosa masa mesyuarat dalam bas tadi.




Lakonan semata-mata.
Real tak ? Cc: to Madi. Hok alohh, ni bukan Twitter. LOL
Kenangan terindah. Haha. Caption nak jiwang. 
Boom ! Saya bom itu British. Puas hati. 



Dah sampai kat A Famosa tu rasa macam nak naik beca, tapi tak nak. Naik beca RM 15 untuk 30 minit. Lebih baik jalan kaki. Boleh exercise sekali.


A Famosa.
Le' classmates...
Penganggur terhormat jalan sampai Melaka ! 


Kitaorang ada buat random videos. Here they are ! I'm sorry for the overacting. Jangan kutuk atau mengata. Tak baik. Allah marah. :)



Bila jalan jalan around Melaka dengan diaorang rasa best sangat. Gelak sakan tau. Tak caya tengok lah videos tadi. Yang gelak lebih-lebih tu saya. Hahaha. Dah lama tak gelak, gitu lah gayanya. Ye, tahu gelak banyak boleh gelapkan hati tapi bukan selalu kan ? Peace... ;)

I'm okay now. Thank you for reading. 




No comments:

Post a Comment