Wednesday, 7 August 2013

Balik Raya. Yeayyyy !

Assalammualaikum semua...

Dah cuti raya tapi seminggu je. So Selamat Hari Raya semua.

Sunday, 26 May 2013

Ku temu bahagia...

Assalammualaikum wbt.

Hari ni hari Ahad and this is my last day in Batu Pahat. Akhirnya masa untuk sambung belajar balik dah sampai. Alhamdullilah. So, hari tu check upu tak dapat mana mana universiti and I'm redha. Rezeki dah kat Matrik so pergi je lah matrik. :) 

No matter where we study either Matrix, university, Mesir or private college we still have to study HARD and SMART. This is where the real life starts. Find someone that you can trust and rely on. Jangan salah pilih kawan kat sana nanti dah lah. Kalau tak, ternoda lah ekauuuu... Haaaa camm tu.

Ku tinggalkan segalanya disini.
"Ya Allah ya tuhanku, kau permudahkanlah urusan hamba disana dan kau temukan hamba dengan sahabat yang boleh hamba percaya dan baik hati. Kuatkanlah iman hamba dan berikan hamba semangat untuk menempuhi cabaran hidup di sana. Hamba terima segala ketentuan ini dengan hati terbuka. Terima kasih Ya Allah."


Gonna miss Ibu, Ayah,  Boboy, Bobo and semuaanyaaa. Byeee :'(

Selamat datang ke Pahang and selamat akan datang ke Kelantan Raihan. Belajar tul-tul tau. Sayang awak. 

Thank you...


Friday, 24 May 2013

Reunion Zamrudian

Assalammualaikum, Hi, Hello semua classmates...

Jeng ! Jeng ! Jeng !

So, kitaorang buat reunion hari Rabu lepas, 22 May sebelum masing masing sambung belajar. Malas nak bebel panjang tengok je lah gambar eh. Hehehe. Checkidout !






"Wei tak ready lagi lah ! " 

Comel tak ? 



Mama Fazira yang banyak tolong kitaorang. 


Beriyani Ayam from BBC (depan Summit. Datang tau ! ) 



Niat nak main game tapi tak sempat. Rasa macam sekejap je masa. Haihhh. So kitaorang kerjanya makan, berbual dan ketawa. Tu je. 




Bakar bang jangan tak bakar. Haaaa



Sempat jumpa Adha kejap dengan Nisa and Amir. 







Tak semua dapat join because some of us currently still in PLKN and they will come back this weekend. Nak tunggu diaorang takut tak sempat so kitaorang buat dulu. Nanti kita buat lagi eh. 

Jumpa lagi nanti. Belajar betul betul tau, target kita dapat 4 TINGKAT/4 FLAT. Ingat.... :D

Thank you for reading this. Bye. Sayang Zamrudian.



Thursday, 16 May 2013

Sajak lah sangat ~

Assalammualaikum. 


Berhenti berharap.
Itu yang mampu ku lakukan.
Terima kasih atas semuanya.
Perhatian, sayang dan peduli mu.
Ku tak akan benci pada mu.
Cukuplah melupakanmu buat seketika.

Hatiku dah tertutup.
Untuk terima semuanya.
Penat untuk terus disakiti.
Aku tak sabar nak sambung belajar.
Sebab itu yang mampu ku lakukan.
Untuk waktu sekarang.
Andai itu boleh melupakanmu.

Ku terima yang memang salahku.
Mengguriskan hatimu.
Walaupun aku telah terangkan segalanya.
Tapi nasib tak menyebelahiku. 
Kau tak terima dan terus menolak penjelasanku.
Apa yang mampu aku buat.
Aku terima dengan hati yang perit. 

Sekali lagi.
Maaf untuk...entah berapa kali.
Kita masih kawan bukan? 
Sekali lagi. 
Terima kasih kerana sentiasa memberi sesuatu.
Sesuatu yang padamu kecil tapi bagiku besar. 
Terima kasih. 


Sajak entah apa apa. Hahaha. Raihan did it ! Kejap lagi I release buku sajak cinta okay. 

Thank you for reading this. 



Monday, 29 April 2013

Birthday dan Matrikulasi.

Assalammualaikum semua. Hi. Hello.

Good Bye April. Hi May. Betapa cepatnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam je dapat result SPM. Cehhh~ Hahaha. Apakan daya. Dah pasrah dan reda dengan semua ni. 

Okay. I just celebrated my birthday on 25 April last week. "Happy Birthday Raihan!" "Thank you sayang. Mmuuahh :*" Monolog dalam diri sendiri. Aku tak mengharapkan birthday surprise or whatever. Cukuplah sekadar wishes daripada orang-orang yang paling aku tunggu untuk wish birthday aku. Bhahaha ! Siapakah? 

I spent the whole day with Fazira, the le bestfriend at the mall. We were watching the movie, Oblivion. Tom Cruise sumpah handsome walaupun dah tua kerepot. Then, I asked her for my birthday present. Tak reti malu gitulah gayanya. Kahkahkah. Habis movie je terus hantar Fazira balik rumah and fetched my lil brotha kat sekolah. Bawa pula si Afiq tu pergi makan CuppaCake Blicious. Adik beradik have a date together. Lol.

You know rite, bila birthday kita je mesti dapat free calls kan. So, entah kenapa aku call semua kawan aku maghrib maghrib. Hahaha. Dari pukul 6.30 sampai 7.15 pm. Lepas maghrib sambung balik call diaorang pukul 8 malam. Ni jelah chance yang ada untuk call diaorang melepaskan rindu. Bila call diaorang je dapat birthday wish live tau ! Then, aku cakap "Nak hadiah ! " "Raihan nak hadiah apa?" "Hadiah pape je. Tak kisah." Dasar kau Raihan. Muka konkrit. Kitaorang pun dokk share dapat matrik kat mana. Masing-masing gila meroyan bila dapat tempat sama. 

At the same time, on 25 April result Matriks keluar. Aku tak tahu macam mana nak respond pasal result tu. Sama ada gembira, sedih atau tak ada perasaan. Aku dapat dua tempat untuk Matrikulasi. Penempatan sementara dan tetap. Sementara kat Pahang dan tetap kat Kelantan. Kelantan? Why Kelantan? Semua classmates kebanyakan dapat kat Melaka tapi aku terdampar di Kelate. *Termenung kejap.*

Whatever it is, I'm still waiting for my UPU. Last week juga kecoh pasal interview sana sini. Interview untuk asasi UM and asasi TESL UiTM. Aku tak mohon semua tu sebab I only focus on my science. UM tu pun tak dapat sebab result tak melayakkan untuk mohon asasi kat sana, so okayy. Tak apa. Ada lagi peluang kat Universiti lain. And I'm happy for my bestfriends yang dapat interview TESL and UM. Good Luck guys ! 

Enough for today maybe. For those yang tak dapat apa yang diharapkan, just believe that Allah has arranged something that is the best for us. Allah maha mengetahui semua tu.

Thank you for reading. 


Tuesday, 16 April 2013

Dear bestfriends...

Assalammualaikum wbt semua...

First, don't you ever think that I'm good enough or such a sweetalker yang pandai berkata-kata dengan ayat yang penuh gramatis dan bombastik dalam blog ni. Because I'm not good enough though like the others. :) *Ayat cliche.

So lets we start. Siapa yang tak ada kawan baik sesama jantina atau berlainan jantina. Girls and Boys. And for me, we need friends untuk luahkan apa yang kita rasa. Pendam lama-lama boleh jadi gila dan mereng. Ye dok?

Hakikatnya, manusia diciptakan berpasangan baik lelaki atau perempuan. Kalau yang tengah tengah tu, hmmm I tak tahu nak kata apa. Hehehe. Kadang-kadang aku prefer kawan dengan kawan lelaki yang pada aku lebih open atau tak mudah emosi. Bukan nak kata kawan perempuan sebaliknya tetapi kenyataan ini sendiri yang kawan baik perempuan aku cakap kat aku masa kitaorang form 2.

Tetapi ada baik buruknya kalau kita terlalu rapat dengan kawan yang berlainan jantina. "Setiap yang berdua pasti ada yang ketiga iaitu Syaitonnn". Ya. Kena hati-hati dan betulkan niat lah bila berkawan. Bila kawan dengan kawan lelaki lebih muda dari kita (sama tahun lain bulan) rasa macam adik kakak je.

Based on my experience masa sekolah menengah dulu, aku ada seorang kawan lelaki yang dulu kitaorang selalu gaduh atau bertikam lidah because of something yang silly atau benda remeh temeh. Tapi tak tahu macam mana, start form 4 mula rapat sampai sekarang. So, you know kita tak pernah sangka yang dulu kononnya kita anggap musuh boleh jadi kawan rapat yang share everything about our personal problems atau apa apa je. 






Pilih kawan yang hatinya baik dan bukan sebab kekayaan atau paras rupa. Memang kadang-kadang kita pilih untuk kepentingan kita sendiri tapi berpada-padalah ya. 

Thank you for reading. ;)


Thursday, 11 April 2013

Makan ohh Makan

Assalammualaikum wbt semua...

Dah lama tak update sebab tak tahu nak taip apa atau nak cerita apa. Then tadi tiba-tiba teringat pasal makanan. Yumm yumm ! Sedapnya makanan. Hahaha

Paling famous kat Batu Pahat ialah Nasi Beriyani/Briyani/Beryani (suka hati nak sebut atau eja macam mana) and asam pedas. Lagi satu Mee Racun. Nama pun dah macam seram sebab ada "RACUN". Tapi mee ni lebih kurang macam Mee Bandung je.

Macam macam kedai, restoran and warung yang jual makanan makanan sedap and kita tinggal pilih je. Yang penting mesti HALAL okay? :)

1) Cuppacake Blicious

Cafe ni baru buka awal March hari tu. My bestfriend recommend pergi cafe ni sebab dia cakap makanan kat situ sedap. So, kitaorang decide pergi lepas ambil result SPM 21 March. Cafe ni dekat Carrefour atau nama barunya "Aeon Big". Cari kat lot kedai yang baru buat. Puas hati makan kat sini and harganya reasonable. Trust me. :)




2) Beryani Bakau Condong. (BBC) 

Restoran ni pun baru buka awal bulan 3. Ni restoran ayah aku punya kawan. Main dish kat sini ialah Nasi Beryani. Yeahh ! You see the name of the restaurant "Beryani" mesti lah Nasi Beriyani. Hoho. Pilih je nak ayam, lembu, kambing. Semua ada. Tapi kerbau tak ada lah. Heheh. Senang nak cari restoran ni. Betul betul depan Summit. Do come okay !!! :D

 

3) Asam Pedas. 

Hmm, tak tahu nak promote yang mana sebab semua asam pedas kat sini sedap sedap. Hahaha. Jangan risau. Jalan jalan kat Batu Pahat mesti jumpa kedai Asam pedas. Tak sesat kot kalau setakat cari kedai asam pedas.

So itu je rasanya. Walau apa pun yang kita makan, jangan membazir and I ada tips yang mungkin boleh diguna pakai. 
  • Sebelum makan basuh tangan dan baca doa. Itu WAJIB. :)
  • Makan buah dulu sebelum makan makanan utama.
  • JANGAN campur makanan laut dengan darat. Macam ikan dengan daging. TAK BOLEH TAU !
  • JANGAN minum air sejuk lepas makan. (Info from Internet)
  • Minum air 30 minit selepas makan. Sebabtu orang cakap kena makan slow-slow kalau tak nak tercekik.
  • Kalau ada makanan terjatuh atas meja, ambil, tiup dan makan semula. Sunah dari Rasullullah.
  • Lepas makan baca doa. 
  • MAKAN UNTUK HIDUP bukan HIDUP UNTUK MAKAN.

More info cari dalam internet lagi okay. Enjoy your life. Thank you for reading.