Thursday, 11 April 2013

Makan ohh Makan

Assalammualaikum wbt semua...

Dah lama tak update sebab tak tahu nak taip apa atau nak cerita apa. Then tadi tiba-tiba teringat pasal makanan. Yumm yumm ! Sedapnya makanan. Hahaha

Paling famous kat Batu Pahat ialah Nasi Beriyani/Briyani/Beryani (suka hati nak sebut atau eja macam mana) and asam pedas. Lagi satu Mee Racun. Nama pun dah macam seram sebab ada "RACUN". Tapi mee ni lebih kurang macam Mee Bandung je.

Macam macam kedai, restoran and warung yang jual makanan makanan sedap and kita tinggal pilih je. Yang penting mesti HALAL okay? :)

1) Cuppacake Blicious

Cafe ni baru buka awal March hari tu. My bestfriend recommend pergi cafe ni sebab dia cakap makanan kat situ sedap. So, kitaorang decide pergi lepas ambil result SPM 21 March. Cafe ni dekat Carrefour atau nama barunya "Aeon Big". Cari kat lot kedai yang baru buat. Puas hati makan kat sini and harganya reasonable. Trust me. :)




2) Beryani Bakau Condong. (BBC) 

Restoran ni pun baru buka awal bulan 3. Ni restoran ayah aku punya kawan. Main dish kat sini ialah Nasi Beryani. Yeahh ! You see the name of the restaurant "Beryani" mesti lah Nasi Beriyani. Hoho. Pilih je nak ayam, lembu, kambing. Semua ada. Tapi kerbau tak ada lah. Heheh. Senang nak cari restoran ni. Betul betul depan Summit. Do come okay !!! :D

 

3) Asam Pedas. 

Hmm, tak tahu nak promote yang mana sebab semua asam pedas kat sini sedap sedap. Hahaha. Jangan risau. Jalan jalan kat Batu Pahat mesti jumpa kedai Asam pedas. Tak sesat kot kalau setakat cari kedai asam pedas.

So itu je rasanya. Walau apa pun yang kita makan, jangan membazir and I ada tips yang mungkin boleh diguna pakai. 
  • Sebelum makan basuh tangan dan baca doa. Itu WAJIB. :)
  • Makan buah dulu sebelum makan makanan utama.
  • JANGAN campur makanan laut dengan darat. Macam ikan dengan daging. TAK BOLEH TAU !
  • JANGAN minum air sejuk lepas makan. (Info from Internet)
  • Minum air 30 minit selepas makan. Sebabtu orang cakap kena makan slow-slow kalau tak nak tercekik.
  • Kalau ada makanan terjatuh atas meja, ambil, tiup dan makan semula. Sunah dari Rasullullah.
  • Lepas makan baca doa. 
  • MAKAN UNTUK HIDUP bukan HIDUP UNTUK MAKAN.

More info cari dalam internet lagi okay. Enjoy your life. Thank you for reading. 



No comments:

Post a Comment