Friday, 5 April 2013

Just because of this...

Assalammualaikum w.b.t

So, hari ni hari Jumaat nan indah. Rasanya, semua mesti pening fikir pasal nak pursue study kat mana walaupun UPU dah kemaskini. Same goes to me.

Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan detik asyik fikir pasal benda ni sampai nak menangis rasanya. Semua nak yang terbaik untuk kita dan untunglah kita mempunyai family yang peduli dan ambil berat tentang apa yang kita akan pilih untuk masuk University nanti.

Dah dua minggu lebih result SPM keluar dan sejak itu juga semua termenung jauh. Disebabkan result yang tak seberapa cemerlang itu semua plan study terpaksa tukar 360 degree. Gahhh ! You still blame your result than yourself dear Raihan ?! Dah kau malas masa form 4, 5 then result dipersalahkan. Gitu?

Lupakan... :'(

Tak kisahlah people around us push kita nak ambil course apa walaupun bercanggah dengan minat kita. Silalah explain pada diaorang apa yang kita minat dan kesan jika salah ambil course. Tak salahkan? :)

Paling penting kita kena ingat, result SPM bukan penamat kepada kehidupan kita. I always told myself This statements. SPM setakat berapa kredit je tak bermakna kita tak ada peluang nak study. Find college or universities that you afford and qualified for you.

Tontonlah videos MatLuthfi. Maybe you can be inspired by watching them.

Ingat Allah dan buat apa yang patut like people keep advising do solat istikharah and doa. SELALU. ;)

Enough for today. Thank you for reading and take care all...


No comments:

Post a Comment