Assalammualaikum…
I just came back from my holiday two days ago. So, aku nak
cerita pengalaman yang mungkin boleh dijadikan pedoman ketika bercuti di bumi
yang panas seperti Langkawi.
Ya, Langkawi lah tempat aku dan keluarga pergi bercuti. 3
Hari 2 malam memang tak cukup nak explore seluruh Langkawi. Nak merasa Engle
Feeding atau naik Yacht memang tak lah. So, I have made up my decision nak
honeymoon kat sana suatu hari nanti. Kahkah ! Gurau je.
Let we start the journey okay. But before that, result SPM keluar
hari Khamis minggu lepas menyebabkan mood nak holiday memang terus tak ada.
Tapi tak juga sebenarnya. Macam macam hal kena fikir and people around me keep
push me to do this and that. Walaupun result tak berapa nak cemerlang tapi
masih rasa bersyukur kerana A cukup untuk satu tangan yang mempunyai lima jari.
If you got what I mean.
Berhenti bebelan
wahai Raihan. Okay. Keluar dari rumah lebih kurang pukul 9 malam hari Sabtu.
Duduk dalam kereta hampir 12 jam sangat memenatkan tetapi ini yang harus ditanggung
bila berjalan jauh. Belum kira mandi lagi. Hahh. Malas eden nak mandi kat RnR.
Takut takut orang skodeng. Siapa tahu kan?
Dah sampai Kedah,
terus cari Terminal Jeti. Ada dua Kuala yang membolehkan kita sampai ke
Langkawi. Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Memandangkan kuala pertama yang nampak
kat signboard ialah Kuala Kedah, jadinya terus masuk jetty point Kuala Kedah.
Jangan terkejut kalau ada abang-abang yang naik motor tiba-tiba tahan tengah
tengah jalan. Diaorang nak tolong kita sebenarnya tapi be careful juga.
People nowadays can’t be trusted. Naik airplane lagi cepat dan jimat tenaga.
![]() |
| First time naik ferry you tahu. |
Sampai jeti, turun barang, ibu pergi beli tiket and ayah
pergi park kereta di tempat yang selamat. Depart pukul 9.30 pagi tapi delay
hampir 45 minit. Drama manusia yang kurang erti kesabaran pun bermula. Tapi siapa je tak geram kena delay lama
gila, kalau aku pun geram.
Bila dah naik
feri, memang mabuk laut lah jawabnya. Nasib tak muntah macam naik bas masa
sekolah rendah dulu. Tidur pun tengkuk sakit sebab cushion keras sangat.
HAHAHA. So, I goyangkan kepala kiri kanan dan sambung tidur balik. Lebih kurang
1 jam 30 minit juga lalu Kuala Kedah. Kuala Perlis 45 minit je orang
cakap. But you kena drive lagi 45 km dari Kuala Kedah untuk sampai Kuala
Perlis. Pilih mana satu nak pergi? Anda mampu tentukan. Hehehe
Sampai kat Jeti
Point kot nama tempat tu, tunggu Kak Sarah dan kereta sewa. Malangnya, kak
Sarah busy dengan hal lain jadinya Abang Ijat yang muka macam Mohawk tu hantar
kereta sewa. Terkesima kejap. Bhahahah !
Then, Abang Ijat
pun hantar kitaorang pergi homestay yang telah di booked sebulan lepas. Jauh
dari pekan Kuah tapi sebelah dengan Pantai Pasir Hitam. Benda pertama yang aku
buat ialah mandi. Melekit badan dan segala bau yang kurang menyenangkan telah
menusuk kalbu, jiwa dan raga. Habis mandi terus tidur. Lama aku tidur. Dari
pukul 2 sampai 6 petang. Mana tak nya tidur macam sleeping beauty. Ada aircond
segala. Katil empuk macam bulu angsa, batal lembut macam buih. Tipu.
Malamnya operasi
menjelajah Pekan Kuah. Sampai pekan terus cari tempat makan. Feeling feeling
holiday nak makan yang sedap sedap kan, so ternampak satu restaurant western nama
dia ”Domino”. Dijamin halal. Cubalah
makan kat sana bila sampai Pekan Kuah okay?
![]() |
| Lapar tahu tak time ni. Ni pun tak kenyang. :3 |
Makan dah, shopping pun mula ! Sebenarnya tak shopping
sangat, Cuma survey barang barang yang boleh di beli. Rambang mata ibu I tengok pinggan mangkuk yang
cantik dengan bunga bunga. Aku buat dunno je sebab aku kisah coklat yang macam
macam dan tengok macam sedap untuk dimakan. Murah lagi !!! Lagi satu, luggage
kat Langkawi murah murah. Nak dibandingkan kat Batu Pahat 4 kali ganda mahal.
Esoknya, keluar
homestay pagi pagi pukul 8 sebab nak kejar cable car. Bila lambat, kena beratur panjang dan aku tak
sanggup itu. Keluar rumah memang aku tak bawa apa apa. I/C dan phone pun aku
tak bawa, tinggal kat homestay. Holiday seminggu ni diaorang ada
promotion untuk tiket naik cable car tapi kena tunjuk I/C. So, aku tak bawa I/C
kena marah dengan ibu tapi tiket still tapi discount. Hehe.
| Langkawi Geopark. |
Duduk kat atas lebih kurang 1 jam setengah. Sejuk atas sana macam Cameron. Atas sana juga nampak pulau kecil-kecil dan yacth. Betapa besarnya ciptaan Allah. Cantik sungguh.
| Telaga Tujuh. View from cable car. |
| Mat Saleh ! Jakun. :P |
Then, I try main 6D game dengan Afiq si budak SPM tahun ni.
Game ni baru buka bulan 12 hari tu. Nak rasa roller coaster tapi pakai spec 6D,
try lah ni. Awesome!
![]() |
| 6D Cinemation. Cool ! |
Dah habis semua tu, shopping lagi! Hahaha. Barang kat
Oriental Village mahal sikit kalau nak compare kat Pekan Kuah but quality dia
okaylah. Penat shopping, masa untuk makan. Ternampak restoran Arab. I apa lagi, sweet talk dengan ibu makan kat sana. Ibu
dengan ayah pun on makan kat sana.
![]() |
| Makan share 4 orang pun tak habis. |
Selesai makan, balik homestay, rehat. Hari kedua aku mandi 3 kali tahu. Petang tu jalan kat Beras Terbakar sebab teringat kat jiran, dia cakap dia beli jersey kat Beras Terbakar. Hahah
![]() |
| Muka ada macam Sam Bunkface tak? LOL |
Panas dia memang panas sangat. Petang tu ingat nak tukar homestay, tapi bila dah masuk homestay yang baru, condition homestay too bad. So pindah homestay Kak Sarah yang lama.
Bolehlah nak main pantai dengan pasir. Yeayyy!
![]() |
| Pantai sebelah homestay je you. Nak usha pakcik nelayan pun boleh, minta ikan. |
![]() |
| Ajet ajet Ulek Mayang maghrib maghrib. |
Esoknya dah nak balik. Macam sedih macam happy. Entahlah. Ibu memang shopping banyak gila sampai tak cukup tangan nak bawa.
Sebelum balik Batu Pahat, singgah Perlis nak jumpa Kakak Yah yang study kat UiTM Arau. Malam tu makan seafood kat Kuala Perlis recommended by Kakak. Sedap dap dap lagi lagi sotong goreng tepung. Hehehe. Lapar memang lah semua sedap kan...
Habis makan, hantar kakak balik rumah sewa dia and kitaorang pun balik hotel. Esoknya pergi Padang Besar. Masuk Thailand ! Kat sana banyak jual jersey and boboiboy semua confirm rambang mata dan nafsu nak beli membuak membuak. Serious.
![]() |
| Sawa di kap kap kap ! |
| Too excited to wear his JDT jersey. |
Penat jalan, masa untuk balik Batu Pahat. Tapi sebelum tu nak jumpa Harith dulu. Sampai KL pukul 8. Jumpa Harith, Pak Su dengan Cik Wani kat Alamanda untuk pass coklat dan lepastu balik rumah !
Akhirnya sampai rumah pukul 1 pagi hari Khamis. Huhh, penat tapi best.
So, plan your holiday and work your holiday well okay.
Thank you for reading. :)
.jpg)









No comments:
Post a Comment