Assalammualaikum, Hi and Hello people...
Tak tahu nak update apa tapi terasa nak type story or experience. Dah ketagih nampaknya dengan benda alahhh ni. Hahaha. So, nak cerita apa ni ? Okay. Pasal kenangan lepas sekolah lah. Ni kira termasuk dalam "Kenangan" punya sekuel kan ? Aiyoyo, whatever. ;)
Lepas SPM habis, form 5 ada buat lawatan pergi sunway Lagoon and Melaka. Masing-masing dah excited nak pergi lagi lagi saya. Sebabnya saya tak pernah pergi sana. Eh, tak. Pernah pergi tapi tu 17 tahun yang lalu. Masa tu baby lagi. Ya, baby mana tahu apa-apa kan. Yang dia tahu menangis, minta susu ibu, ketawa. Hehe. Okay, sambung cerita balik. Tak silap tarikh lawatan tu 11-13 Disember 2012 kot. Dah lupa lah. :D A few weeks before kitaorang confirm nak pergi macam macam cerita pasal SL tu. Orang mati kena kencing tikus lah apa lah. Tapi kitaorang masih hidup sampai sekarang. Alhamdullilah. Metabolisme kuat namanya tu.
Macam biasa malam nak gerak pergi KL tu kena tunggu kat sekolah. Pukul 11.45 malam saya dah sampai sekolah. Tapi bas pula lambat sampai. Dekat satu jam lebih tunggu bas. Punya lah bosan tunggu bas. Ketawa, berbual, main message, ketawa dan bla bla bla... Bila bas dah sampai masing masing rebut tempat duduk. Saya duduk dengan Nisa time tu. Fazira dengan Aini, Farahin dengan Wani dan adik Aini duduk dengan adik Farahin. Dalam kelas, kitaorang ni je lah yang pergi. Campur classmates lelaki 12 orang je kot. Sikit kan ?
Dalam bas, dah tak tahu nak buat apa. Nak tidur pun tak boleh. Terenjut sana terenjut sini. Nasib tak muntah. Jadinya. Pakcik driver pun on movie "Ngorat" malam tu. Cerita tu sumpah entah pape je. Hahaha. First place kitaorang sampai ialah Masjid Negara. Nak solat subuh, breakfast and mandi kat sana. Tapi gang-gang I tak mandi pun, cuma bersihkan apa yang patut. Ya lah. Nanti sampai Sunway nak mandi lagi. Jadinya, kitaorang pun jimatkan air dengan hanya memberus gigi dan mencuci muka. Membazir tu kan amalan Syaitan yang direjam. Ye idok ?
Dah habis sarapan, our next destination is Tugu Negara. Well, tempat ni dah selalu sangat pergi tapi disebabkan memenuhi kuota lawatan ni kena lah juga pergi Tugu Negara. Jumpa banyak sangat tourists. See, how they appreciate our history and our warriors. Chingg ! (Bunyi pedang)
| Nisa, Farahin, Raihan, Wani, Fazira. |
| Ni lah budak lelaki yang pergi dengan kitaorang. Ada yang dah janji nak pergi sama-sama. Opsss ... :) |
| Ni orang Cina dari China. Supporting habis lagi lagi yang lelaki tu. Forever peace ! |
Our guide tour (Mr.Alif) bagi masa setengah jam kat sini. Then... Finally !!! Tempat yang kitaorang paling tunggu tunggu kan. Sunway Lagoon ! Punyalah excited. Ada yang pakai baju bunga bunga feeling feeling macam nak mandi tepi pantai. Haha. Kelakar je. Nasib tak ada yang bawa pelampung dengan safety jacket.
Sampai sana kitaorang kena tunggu dekat satu jam. Mencabar kesabaran betul bila dengar budak budak kecil jerit sebab suka sangat main air. Perasaan nak main air semakin membuak-buak dalam diri ni. Hahaha. Akhirnya, penantian kitaorang berakhir. Yeay !!! Sebelum masuk, people-in-charge Sunway Lagoon check beg semua orang. Mana lah tahu ada yang bawa makanan berat berat. For your information, dalam Sunway Lagoon "No outside food is allowed" and we must obey that.
| We managed to come in. Yeayy !! |
First thing masuk, terus cari toilet and tukar baju mandi. Wait ! The gegirls tak boleh pakai swimming suit ya. Seksi noohhhh. Hahaha. Lepas tukar baju, terus pergi kaunter locker. Kitaorang kena sewa locker untuk letak barang kitaorang yang super banyak tu. Let me tell you this one. Important. Kat Sunway Lagoon ada 2 jenis locker. Satu locker murah satu locker mahal. Locker murah macam ni. Bayar RM 15 (murahkan) tapi boleh buka sekali je and yang pasti kecil sangat. What if you need something to take like wallet or whatever kena buka locker, kan dah rugi. So, better sewa yang besar punya. Locker mahal RM 30 (mahalkan) tapi boleh buka banyak kali and besar gedabak. Memandangkan barang kitaorang bawa banyak, terpaksalah sewa dua locker mahal. Hahaha. For more information, datang Sunway Lagoon okay, nanti orang kat situ explains lebih details. Heee :D
Apalagi nak tunggu ! Terus masuk air lah jom ! haha. Tapi sebelum tu kenangan harus diabadikan di dalam memory card camera dulu. Ye tak ?
| Terima kasih kepada "pasir" kerana menjadi stand dan "selftimer" kerana menjadi photographer. xD |
| Muka excited. Lupa nak letak spect dalam locker. Hahaha |
Dah penat main dekat satu jam, kitaorang pun pergi jalan jalan around Sunway. Main slides and roller coaster. Dengan kaki ayam nya segala. Kisah apa kan. Janji bergembira. Lepas dah berjalan, main roller coaster semua tu, kitaorang rendam lagi sekali dalam air. Tengok hari dah mendung, kitaorang decide tukar baju. Bila dah tukar baju dekar 45 minit, tengok kat luar dah hujan renyai renyai. Alhamdullilah, timing kitaorang set berjaya dengan jayanya. Mulalah operasi berjalan satu Sunway Lagoon. Masa jalan dengan berkaki ayam tu, dah survey nak main itu nak masuk ni. So, senang lah nanti. Terus masuk je tak payah fikir panjang. Sebelum tu, kitaorang makan dulu. Dah lapar sangat kan. Makanan kat sana memang mahal. Better sebelum masuk Sunway Lagoon, isi perut dulu. Makan lah kenyang kenyang. Kat sana ada banyak fast food restaurant like MarryBrown, Subway and etc.
| Hotdog dengan roti ni harga RM 6.50 plus air mineral RM 2.50. Lapar punya pasal terpaksa lah beli. |
| One of the games that we played. Try and feel it. |
| The zombiesss. Rumah hantu tak seram pun. Kahkah. |
| We walked on Jambatan Gantung. Sumpah gayat ! |
Banyak lagi games kat sana. Ada yang free and ada yang kena bayar like flying fox and bungee jump. Ada Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park and banyak lagi park. Kitaorang tak sempat nak explore semua tu sebab dah penat sangat berjalan, macam kaki nak tercabut. Disebabkan penat, mood pun dah swing. Memang spoilt betul. Habis moody dengan kawan kawan. Sorry. ;) Hah, nearly forget ! For sure kat sana ada souvenir store. Ada jual keychain, baju bunga-bunga, and macam macam lagi. Harga affordable and reasonable kot. Jangan lupa beli untuk family and kawan kawan sebagai buah hati. Eh, I mean, cenderahati. :D
Next, ICT Shah Alam. Mula-mula rasa excited. Ye lah awak, kita tak pernah pergi. Macam jakun lah kan. Hahaha. Tapi bila dah masuk, macam boring sikit. Tengok lampu-lampu cantik je. Kat sana ada Spinner yang macam kat Genting Highlands. Alaaa, yang swings banyak banyak tu. Bayar RM 5 je kalau nak main. Banyak lagi games kat sana. Macam funfair pun ada. Tempat karouke pun ada juga. Tapi, mostly games kat sana untuk kanak-kanak. Dah puas jalan, kitaorang plan nak makan dalam bilik apartment nanti. Jadinya, belilah burger dengan kebab. Tiga jam kat sana terasa sangat lama. Hahaha. Akhirnya, balik pun kitaorang ke tempat beradu (apartment).
| Cantik kan ? |
| Lights here and there. |
Bila masuk bilik, cikgu inform akan bagi makanan. Nasi goreng dengan ayam goreng. Habislah... Burger dengan kebab tu siapa nak makan. Nampak tak pembaziran kat situ? Nak tak nak, terpaksalah makan semua makanan tu. Memandangkan satu rumah (apartment) kena ada 9 orang dan setiap bilik ada 3 orang dan apabila melihat bilik semua katil single, terpaksalah tolak satu katil single dan bercantum dengan lagi satu katil single menjadi katil Queen ! Brilliant ! Brilliant. Hahaha. Dah masing-masing penat, nak berbual-bual kononnya pasal buah hati terpaksa dilupakan.
Esok paginya, our last day pergi Putrajaya. Jangan nak cakap ni tempat budak sekolah ke apa eh. Tak baik je ! Kat sana saya kena tipu. Kena tipu sebab beli T-shirt ! Geramnya lahaiii. Moral value, sebelum nak beli survey semua tempat and harga. Baru decide. Faham ? :) Then, singgah Alamanda. Jalan sana jalan sini. Tengok sana sini. Satu jam je kat sana. Lepastu masuk bas, and continue pergi Melaka. On the way pergi Melaka, Pakcik bus on movie Istanbul Aku Datang. Yang lain tengok tapi saya dengan Nisa tidur. Penat sangat.
Apa ada kat Melaka ? Ya, Melaka ada Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. Ingat kan pergi Jonker Street ke apa, tapi tak. Sedih je. :'( Tapi sebelum tu, ada singgah Mydin dan Masjid Selat Melaka untuk solat. Then, baru pergi Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. Macam biasa, jalan sana jalan sini. Wani, Fazira, Farahin dengan Aini makan Burger King tapi Raihan dengan Nisa tak. Sebab dah makan kat Food Court Mydin. Hehehe. Errr... Okay. Sambung balik. Dah habis jalan kat Dataran Pahlawan, pergi Mahkota Parade. Berdepan je dua shopping mall ni. Sebenarnya waa baru tahu pun yang Mahkota Parade dengan Dataran Pahlawan adalah dua shopping mall yang berbeza. Hahah. So, tak tahu nak buat apa kat sana ternampak tempat bowling. Nak main tapi tak jadi. Jalan depan sikit lagi, ada Pusat Hiburan. Bukan club malam tapi pusat hiburan main token. Hahaha.
| Nisa & Raihan pilih main benda ni. Thank you Fazira belanja ! Satu pun tak kena. Hampehh ~ |
Its time to go back baby ! Yeah, on the way balik Batu Pahat Pakcik bus on lagi sekali movie Aku Terima Nikahnya. Sweeettt lohhh sangat... :P We had soo much fun. Spent my time with my friends is sooo priceless. For me, holidays with friends and family are different okay. Totally different.
p/s: I borong baju "I LOVE Melaka" banyak giloooo. Habis duit... :(
Thank you for reading this. Sayang semua yang ada dalam ni sangan sangat. Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment